Saturday 12 January 2013

Ya Allah , Aku khilaf Ya allah . Berilah petunjuk hidayah-Mu kepadaku .


Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum ~

Ya Allah , terlalu banyak dosaku kepada-Mu Ya Allah ..Aku tidak tahu bagaimana aku harus menebus segala dosa-dosa yang telah menghitamkan hati aku .. Aku hanya mampu bertaubat , dan berdoa kepada-Mu Ya Allah .. Ya Muhaimin , aku berlindung kepadamu dari segala musibah , bencana dan dari segala maksiat .. Lindungilah hambamu yang tidak mengerti apa-2 . Ya Rahman , aku tahu aku tidak layak untuk Syurga Firdaus-Mu.. Tetapi , aku tidak sanggup untuk menanggung segala azab-azab api Neraka Jahanam-Mu Ya Allah..

Ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ,

Ampunilah segala dosa-dosaku , Berilah hidayah kepadaku .. Berilah ketenangan sepanjang hidupku , Berilah kejayaan kepadaku .. Berilah cahaya iman didalam hatiku Ya allah ..Aku memohon , engkau terimalah taubatku .. Terimalah aku sebagai hambamu Ya Rabb , Aku hanyalah manusia yang hina .. Yang tidak terlepas dari melakukan dosa , Maka .. Kau muliakanlah aku dari segala kehinaan ..

Ya Rahman ,

Aku terlalu jahat kerana telah pernah menderkahai-Mu , aku terlalu bodoh kerana pernah menderhakai-Mu Ya Allah .. Kerana itu , aku memohon .. Kau dekatkanlah segala kebaikan kepadaku , dan jauhkanlah segala kejahatan dalam diriku ini .. Jika aku susah , kau senangkan lah .. Jika aku kotor , maka sucikanlah aku Ya Allah ..

Ya Rahim ,

Aku memohon kepada-Mu , Jangan kau seksa aku didalam kubur Ya Allah .. Aku sangat takut kepada-Mu Ya Allah .. Aku tidak sanggup untuk menanggung segala azab yang bakal aku lalui didalam kubur nanti , ampunilah dosa-dosaku Ya Allah .. Matikanlah aku dalam iman , matikanlah aku dalam keadaan Khusnul-Khatimah ..

Ya Rabbul Izzati ,

Ampunilah mataku , kerana kadang-kadang tidak menjaga pandanganku Ya Allah .. Ampunilah telingaku , kerana kadang-kadang terdengar perkara yang tidak sepatutnya .. Ampunilah Lidahku , kerana kadang-kadang tidak menjaga pertuturan .. Kerana pernah mengumpat saudara islamku sebdiri .. Ya Allah , ampunilah seluruh jasadku ..Ya Allah , sesungguhnya aku hanya insan yang lemah .. Aku tidak kuat untuk menjalani segala ujian yang kau beri kepadaku .. Maka dari itu , kau berilah kekuatan untuk aku menempuh jalan yang 
masih panjang didunia ini ~




Ya Allah ,

Sesungguhnya , kau tahu apa yang terbaik untukku .. Lapangkanlah hatiku untuk menerima segala takdir yang telah engkau tuliskan untukku .. Ya allah , aku takut .. Aku takut kau mencabut nyawaku ketika dosaku sedang bertimbun .. Ampunilah dosa-dosaku Ya Rabbi ~ Aku mahu memohon ampun atas dosa-dosa yang telah kulakukan . mahupun dosa yang semalam , sejam , sesaat , sedetik tadi atau yang akan datang .. Aku insan yang lemah , tapi kadang-kadang tidak sedar diri dan merasakan orang lain lebih lemah daripadaku . Ya Allah , hinanya aku di hadapan-Mu . Kabulkan lah segala doa-doaku ini ..

Amin Allahuma Amin , amin amin amin ~


Yang benar , - Firzanah Musa -

4 comments:

  1. Salam.

    Saya mohon untuk mengunakan doa ini utk diri saya. Haral halalkan.

    ReplyDelete
  2. Ya ALLAH hamba merasa tersesat di dalam setiap langkah yg saya ambil.. terangkanlah setiap langkah hamba Ya Rabb. Amin..

    ReplyDelete
  3. Saya mohon untuk menggunakan doa ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mohon untuk menngunakan doa ini untuk diri saya.

      Delete